Jawatan Kosong : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)


Tarikh Tutup Permohonan : 23 Disember 2016

Unit Perpustakaan, Institut Kefahaman Islam Malaysia, memerlukan seorang Pembantu Penyelidik (Kontrak) bagi tujuan menjalankan kerja-kerja pengumpulan data koleksi Etika di Perpustakaan IKIM khususnya koleksi dalam Bahasa Arab dan Elektronik dalam usaha memperkukuhkan pembangunan koleksi Etika di IKIM. Butiran adalah seperti berikut :


Nama jawatan : Pembantu Penyelidik Perpustakaan (Kontrak)

Penempatan : Unit Perpustakaan

Jangkamasa kontrak : Mei 2016 – Mei 2017 (12 bulan)

Elaun bulanan : RM1,800.00